Pages

MERANCANG MENU UNTUK KENDURI, MAJLIS KORPORAT DAN RUMAH TERBUKA

Kami sedia memberikan perkhidmatan katering halal untuk majlis anda samada di dewan, rumah, pejabat, surau atau masjid.

Tempahan makanan boleh dihantar sekaligus dalam bekas yang besar atau di bungkus secara individu, boleh disertakan dengan pelayan atau tanpa pelayan. Semuanya terpulang pada kesukaan anda.

Buat pertama kalinya setelah kira-kira 11 tahun beroperasi Shasha Catering telah memaparkan perkhidmatan catering kami di laman virtual ini. Semoga ianya dapat memberi manafaat kepada lebih ramai lagi orang yang memerlukan servis kami.

Shasha Catering telah menyediakan perkhidmatan katering yang terbaik dalam pelbagai acara untuk pelanggan persendirian, korporat dan lain-lain di kawasan Lembah Kelang dan sekitarnya.

Setiap pekerja di Shasha Catering berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan dalam produk, masakan dan perkhidmatan yang disediakan. Kami hanya menggunakan bahan-bahan yang berkualiti terbaik dan segar.

Shasha Catering komited untuk menjadikan setiap majlis unik dan terbaik pernah dihadhiri oleh pelanggan kami dan tetamu-tetamu mereka.

Kami menyediakan perkhidmatan untuk:-
  1. Majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis doa selamat, majlis tahlil, mesyuarat, jamuan untuk kursus, jamuan di surau dan masjid, jamuan di hospital dan bank, jamuan untuk pekerja, rumah terbuka, jamuan berbuka puasa, jamuan perpisahan (farewell) dan lain-lain.
  2. Penghantaran sejenis atau beberapa jenis makanan tertentu sahaja. Contohnya: Jika majlis anda perlukan sejenis atau beberapa jenis sayur atau lauk lagi kami sedia menghantarnya mengikut jenis dan jumlah kuantiti yang anda perlukan.
  3. Perkhidmatan mengandam.
  4. Perkhidmatan jurukamera.
  5. Penyewaan kanopi.
  6. Perkhidmatan layanan.
  7. Perkhidmatan jurumekap.

Menu


Berikut adalah beberapa jenis menu katering dari kami untuk tatapan anda bagi memberikan sedikit gambaran tentang keenakan dan variasi makanan yang di hidangkan.

Menu catering yang kami sediakan ini adalah dalam bentuk buffet, disertakan dengan pelayan, kanopi, pinggan mangkuk, kerusi meja berserta set kelengkapan hidangan yang secukupnya.

Selain stail buffet kami juga mempunyai stail layanan dari meja ke meja (table service) di atas permintaan anda.


Menu untuk Majlis Perkahwinan/Majlis Pertunangan/Kenduri Arwah/Majlis Tahlil/Kenduri Doa Selamat


Menu Sinar

Nasi Minyak
Nasi Putih
Ayam Masak Merah
Dalca Daging & Sayur-sayuran
Daging Dendeng (Daging Masak Hitam)
Acar Mentah (Jelatah)
Buah-buahan
Minuman Oren atau Sirap (Boleh pilih minuman koktel hijau istimewa dengan sedikit penambahan harga)


Menu Cahaya

Nasi Putih
Gulai Lemak Nenas dan Ikan Masin
Sambal Tumis Udang
Ayam Goreng Berempah
Ikan Masin Goreng
Kerabu Taugeh dan Kacang Botol
Sambal Belacan
Ulam-ulaman Segar
Sirap limau atau oren atau sirap atau Koktel Hijau Istimewa


Menu Bulan

Nasi Putih
Gulai Lemak Udang campur Rebung
Ayam Masak Kicap
Jantung Pisang Goreng Belacan
Ikan Goreng
Sambal Belacan
Ulam-ulaman Segar
Buah Tembikai
Air Sirap Oren


Menu Bintang

Nasi Minyak atau Nasi Hujan Panas
Nasi Putih
Kari Daging campur Kentang
Rendang Ayam
Acar Rampai
Jelatah
Buah-buahan Segar
Air Oren atau Sirap


Menu Gemerlapan

Nasi Beriyani
Nasi Putih
Daging Masak Kurma
Ayam Masak Merah
Pajeri Nenas
Dalca Campur dengan Ayam
Buah-buahan Segar
Minuman Sirap atau Oren


Menu Kayangan

Nasi Putih
Nangka Gulai Lemak
Ayam Goreng Berempah
Sambal Udang Petai
Goreng Ikan Masin Gelama Masam
Kerabu Mangga
Sambal Belacan
Ulam-ulaman Segar
Dadih perisa Jagung dan Cokelat
Karipap Inti Ayam
Kuih Seri Muka
Air Sirap


Nota:
  • Harga untuk menu di atas adalah RM10 - RM13 seorang termasuk layanan, kanopi, pinggan-mangkuk dan kerusi meja.
  • Untuk kepelbagaian minuman boleh diubah atau ditambah seperti Teh Tarik/Teh O/Kopi O/Nescafe O/Nescafe Tarik dan lain-lain. Boleh juga ditambah kuih-muih dan bubur seperti Bubur Kacang/Bubur Pulut Hitam. Harga boleh dirundingkan.
  • Perubahan ke atas kelengkapan, menu, set hidangan dan lain-lain boleh di lakukan mengikut kehendak anda.

Menu untuk Mesyuarat/Kursus/Seminar/Majlis Perpisahan/Rumah Terbuka/Kenduri Doa Selamat
Menu Indah


Nasi Putih
Gulai Nenas Ikan Masin
Kari Daging
Ayam Goreng Berempah
Sayur Campur
Buah-buahan Segar
Sirap atau Oren


Menu Pandan

Laksa Penang
Roti Jala
Kari Ayam atau Daging
Karipap
Sirap atau Teh O atau Kopi O


Menu untuk Jamuan Hari Raya/Harijadi/Rumah Terbuka

Menu CerahMee Kari
Nasi Goreng Cina
Keropok Goreng
Nasi Lemak Bungkus Ikan Bilis
Kuih Puteri Ayu
Kuih Cucur Badak
Teh Tarik
Minuman Oren

Menu Terang
Nasi Putih
Sambal Tumis Udang Petai
Gulai Lemak Nenas Ikan Masin
Sayur Kobis Goreng
Goreng Ikan Masin
Sambal Belacan
Ulam-ulam Segar
Teh O


Menu untuk Jamuan Minum Pagi atau Minum Petang

Menu Fajar

Nasi Lemak
Telor Goreng Mata Kerbau
Sambal Tumis Sotong Kering
Ayam Goreng Kunyit
Kacang Tanah Goreng Rangup
Ikan Bilis Goreng Rangup
Hirisan Timun Segar
Kuih Puteri Ayu
Pau Goreng Sambal Ikan Bilis
Teh Tarik
Kopi O


Menu Dini Hari

Soto dengan Nasi Himpit
Meehoon Goreng Singapura
Keropok Goreng
Nasi Lemak Bungkus Ikan Bilis
Kuih Lapis
Karipap Ayam
Teh O
Kopi Tarik


Menu Senja

Nasi Lemak Bungkus Ikan Bilis
Nasi Lemak Bungkus Ikan Masin
Nasi Lemak Bungkus Sambal Paru
Meehoon Sup
Sandwich Sardin
Kuih Seri Muka
Teh Tarik
Teh O


Nota:
Menu-menu di atas adalah contoh sahaja. Anda boleh mengubahnya atau memesan mengikut menu pilihan anda sendiri. Harganya bermula dari RM8 ke atas sahaja (harga boleh runding).

Di antara menu kegemaran kami ialah:

Minuman Koktel Hijau, ini adalah keistimewaan kami. Mungkin tidak terdapat di tempat lain. Ianya adalah resepi rahsia kami yang diperbuat dari campuran jus buah-buahan. Anda pasti terpikat setelah mencubanya.

Juga Mee kari, Mee rebus, Laksa Penang, Beehoon Soto dan Soto dengan Nasi Himpit.

Serta Karipap ayam, Karipap daging, Karipap Udang, Karipap Kentang, Kuih Bakar dan Seri Muka Pandan dan Gula Melaka.

Jika anda mempunyai pilihan menu sendiri kami juga boleh menyediakannya mengikut citarasa anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak pilihan menu, klik di sini...


Tempah sekarang.Untuk masa terhad sahaja. Bagi tempahan katering untuk Majlis Perkahwinan,
  • Percuma! Dadih untuk tempahan 500 orang ke atas.
  • Percuma! Kek 2 tingkat untuk tempahan 1000 orang ke atas.

Hubungi kami:

Pejabat; Shasha Catering.Com
No. 9, Jalan Cahaya 6,
Tmn Cahaya, 68000 Ampang, Selangor.
(Landmark: Balai Polis Ampang, Stesen LRT Cahaya)

Call/Panggil; 019-396 0090 ~Shidah



Apa Kata Pelanggan

Sebelum saya mendapatkan khidmat ShashaCatering.com macam-macam dah saya cuba. Ada yang makanan dia sedap, harga pulak mahal sangat. Ada pulak harga boleh tahan, tapi makanan dia buat ala kadar saja.
Tetapi dengan Shasha.catering ni, makanan sedap, harga pun murah. Tambahan lagi layanan dia sangat mesra dan atentif. Rugi kalau tak guna perkhidmatan mereka.
Katering lain? Tak nak dah, cukup lah dengan Shasha Catering ni.
~Abby Othman
Kapten Restoran
Batu Caves Selangor


Seorang kawan telah mencadangkan Shasha Catering kepada saya baru-baru ini untuk mengendalikan majlis harijadi saya. Dah cuba Shasha Catering.com ni tak nak dah yang lain tu. Lain kali kalau ada apa-apa majlis sudah pasti Shasha Catering jadi pilihan saya.
Masakan sedap dan harga pula amat berpatutan. Sudah pasti saya akan cadangkan pada kawan-kawan saya untuk menggunakan khidmat katering ni bagi majlis mereka. Syabas Shasha Catering!
~Shah Rizal Ahmad
Penolong Pengurus Hotel
KL Sentral Kuala Lumpur


Pada majlis pertunangan saya yang lalu, saya mencuba khidmat Shasha Catering.com. Segala kerja kenduri-kendara saya serahkan bulat-bulat kepada mereka.
Kami sekeluarga tak buat apa-apa pun, semuanya dibereskan oleh Shasha Catering. Servis yang sungguh memuaskan, harga pun berpadanan. Jiran-jiran yang datang meraikan majlis kami semuanya kata sedap, mengancam!
Sudah pasti untuk majlis perkahwinan kami nanti kami akan tempah Shasha.catering.com lagi.
~Kak Saba
Pandan Indah
Kuala Lumpur


Saya telah menempah Shasha Catering.com ketika kenduri kahwin anak saya yang lepas untuk menjayakan majlis tersebut. Saya dapati perkhidmatan tersebut dikenakan harga yang murah dan makanan dan minuman yang disediakan sedap pula.
Nombor 1 yang saya paling suka sekali ialah makanan dia sedap! Lagi pun senang dibawa berunding dan tak berkira sangat.
Tak syak lagi inilah katering yang saya akan syorkan pada kawan-kawan saya nanti.
~Kak Mah
Tmn Cahaya
Ampang Selangor

Saya Dino dan isteri saya Ana, amat berpuas hati dengan servis yang telah disediakan oleh Shasha Catering.com. Dan ini adalah kali kedua kami mengundang mereka untuk melayan tetamu kami sempena majlis cukur jambul anak perempuan sulung kami.
Majlisnya sungguh meriah dan berjalan dengan sangat lancar.
Keseluruhan pengedalian majlis kami serahkan kepada mereka untuk dibereskan. Kami semua berada di situ hanya untuk meraikan majlis. Semua jemputan amat berpuas hati dengan masakan mahu pun layanan yang disediakan.
Terima kasih Shasha Catering.

~Dino Affendy
Penyelia Restoran
Hotel 5 bintang, KL Sentral.



Tempah sekarang

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pemberian percuma kami dalam masa terhad sahaja. Bagi tempahan katering untuk Majlis Perkahwinan,
  • Percuma! Dadih 100 biji untuk tempahan 500 - 999 orang.
  • Percuma! Kek 2 tingkat untuk tempahan 1000 orang ke atas.

Hubungi kami:

Pejabat; Shasha Catering.Com
No. 9, Jalan Cahaya 6,
Tmn Cahaya, 68000 Ampang, Selangor.
(Landmark: Balai Polis Ampang, Stesen LRT Cahaya)
Call/Panggil; 014-224 9515 ~Siti